Pinjaman 1MDB 1Malaysia_Development_Berhad

Berdasarkan rekod semasa, berikut adalah pinjaman yang dibuat oleh 1MDB  bagi melancarkan beberapa projek besar yang melibatkan pembangunan hartanah komersial dan Janaan Kuasa Bebas (IPP). Berdasarkan harga semasa hartanah dan projek, jumlah keseluruhan pinjaman yang sepatutnya berada dalam tanggungan 1MDB adalah kira-kira RM 42 bilion[17][18]:

  • Pembelian Tanjong Energy (kini dikenali sebagai Tenaga Powertek Sdn Bhd) daripada Ananda Krishnan. Jumlah pinjaman RM8.5 bilion.[19]
  • Pembelian Genting Sanyen Power Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Loji Kuala Langat Kuasa). Jumlah pinjaman RM2.3 bilion.[20]
  • Pembelian Jimah Energy dengan jumlah pinjaman RM1.2 bilion.[20]
  • Pembelian 70 ekar tanah TRX di Jalan Tun Razak berjumlah RM320 juta, kira-kira RM64.00 setiap kaki persegi.[20]
  • Pembelian 495 ekar tanah di bekas Lapangan Terbang Sungai Besi TUDM (kini dikenali sebagai Bandar Malaysia) kira-kira RM363.5 juta iaitu RM 91.00 setiap kaki persegi.[20]
  • Pembelian 234 ekar tanah di Air Itam di Pulau Pinang berjumlah RM1.38 bilion, kira-kira RM135.00 setiap kaki persegi.[20]

Walaubagaimanapun, tanah TRX terletak berhampiran dengan sebidang tanah yang baru dijual pada harga RM7,000.00 setiap kaki persegi. Dengan andaian harga pasaran adalah RM3,000.00 setiap kaki persegi nilai sebenar tanah ini adalah RM 6 bilion. Oleh itu, Kerajaan Malaysia didakwa telah kehilangan lebih RM 5 bilion kerana 1MDB dibayar hanya RM320 juta.[21]

Berhubung dengan tanah Lapangan Terbang Sungai Besi, 1MDB dibayar RM 363.5 juta untuk 495 ekar – iaitu pada RM91 setiap kaki persegi. Dengan andaian harga pasaran untuk tanah ini adalah RM1,000 setiap kaki persegi. Kerajaan kehilangan kira-kira RM 20 bilion.[21]

Tanah di Pulau Pinang adalah berkualiti rendah dan mempunyai lebih daripada 1,000 setinggan. Namun, 1MDB membayar RM1.3 bilion iaitu pada RM135 kaki persegi.[21]

Jika dinilai semula semua aset 1MDB sedia ada, ia boleh disifatkan berjumlah RM 52 bilion sekiranya dicairkan. Namun persoalan pangkal, bagaimana 1MDB dapat membeli tanah TRX dan Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi pada kadar harga yang terlalu jauh lebih rendah daripada kadar harga pasaran sebenar?. 1MDB hanya boleh menggunakan wang cairan aset untuk membayar balik pinjaman sekiranya ia berjaya menjualnya sebagai tanah atau selepas pembangunan. Setakat bulan April 2015, kemajuan TRX adalah sangat perlahan dan tidak ada kerja dilakukan di atas tanah Sungai Besi. Secara logik, tiada sebarang janaan wang akan berlaku ketika proses pembinaan dan pembangunan, hanya kadar aliran wang keluar dijangka terus melambung dan mungkin merancakkan jumlah hutang 1MDB.[21]

Pada 23 April 2015, Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad menyuarakan kritikannya kepada cara pentadbiran Dato Seri Najib Razak dan Tun Mahathir membuat kenyataan bahawa Kerajaan Malaysia melabur RM1 juta di dalam syarikat 1MDB dan berdasarkan rekod, 1MDB kemudian meminjam daripada pelbagai sumber sebanyak RM42 bilion.[20]

“Syarikat dengan modal RM1 juta ringgit tanpa aset tidak boleh meminjam 42,000 kali ganda melebihi modal tanpa cagaran. Tetapi, 1MDB boleh melakukannya kerana mendapat jaminan kerajaan. Dalam erti kata lain, kerajaan yang meminjam wang itu. Jika 1MDB kehilangan wang, kerajaan akan menanggung kerugian. Namun, operasi 1MDB tidak diselia oleh pegawai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dana kerajaan.”[21]

Rujukan

WikiPedia: 1Malaysia_Development_Berhad http://english.astroawani.com/malaysia-news/dr-m-f... http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-07-07/... http://investing.businessweek.com http://investing.businessweek.com/research/stocks/... http://www.businesswire.com http://www.businesswire.com/news/home/201001180052... http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/ta... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2...